logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Program Santuni Anak Yatim dan Yatim Piatu Wilayah KETENGAH Tahun 2025/1446H

Seramai 234 orang pelajar dari 25 buah sekolah daerah Dungun telah dirai dalam satu majlis berbuka puasa dan sumbangan duit raya bertempat di Permai Hotel, Kuala Terengganu.

Majlis tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Ketengah Holding Sdn. Bhd. Program yang dilaksanakan pada setiap tahun ini telah memberi manfaat kepada masyarakat dalam wilayah KETENGAH dan hasil keuntungan dikongsi bersama kepada mereka yang memerlukan. Semoga program pada hari ini dapat melakarkan senyuman manis diwajah anak-anak semua.

Hadir menyempurnakan majlis, YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan turut sama hadir pengurusan KETENGAH serta pengurusan Ketengah Holding Sdn. Bhd.