logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH NELANG !!!

Majlis pelepasan kontinjen KETENGAH ke sukan MAKSPEN XIV telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH mewakili YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Kontinjen KETENGAH berkekuatan seramai 240 orang. Dengan slogan “KETENGAH NELANG” dan semangat membara yang ditunjukkan oleh setiap pemain, pastinya akan memberikan cabaran sengit kepada pasukan lain yang bertanding. Ini ditambah dengan kehadiran pasukan sorak akan sentiasa mengiringi pemain pada setiap acara.

Sebelum itu, pada 8 Oktober 2023 yang lalu, Pengurus Besar KETENGAH telah menyerahkan bendera kejohanan kepada ketua kontinjen KETENGAH iaitu Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH.

Kalah dan menang sememangnya adat perlawanan tetapi ukhuwah dan ikatan silaturrahim di antara mereka akan bercambah kerana disinilah terhimpunnya keluarga besar KKDW