KETENGAH perkasakan industri Pelancongan Desa

KETENGAH melalui Bahagian Pelancongan mengorak langkah untuk memperkasakan industri pelancongan desa apabila satu sesi libat urus bersama Politeknik Hulu Terengganu (PHT) diadakan pada 30hb Jan 2024.

Delegasi KETENGAH yang diketuai oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) dimulakan dengan sesi perkenalan bersama YBrs. Hj. Azahan bin Hj. Daud, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu (PHT). Ini diikuti dengan sesi percambahan idea antara Politeknik Hulu Terengganu (PHT) dan KETENGAH dalam memperkasakan industri pelancongan desa melibatkan produk-produk pelancongan wilayah KETENGAH melalui projek rintis kajian ilmiah pelajar-pelajar semester 5 Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) dan Diploma Pelancongan Rekreasi (DRT) di bawah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti di Tasik Kenyir.

Turut hadir dalam sesi ini, Puan Fadhlina binti Mohamed, Pengurus Pelancongan bersama pegawai – pegawai Bahagian Pelancongan KETENGAH dan semua pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PHT.

Skuad Sukarelawan KETENGAH bantu penduduk yang dilanda musibah banjir
Aktiviti Gotong Royong pembersihan kawasan terjejas banjir

Artikel Lain