logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KETENGAH serah bantuan kepada penerima PPP

Program Peningkatan Pendapatan (PPP) merupakan salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui KETENGAH bagi membantu penduduk menjalankan projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamat utama pelaksanaan program ialah meningkatkan pendapatan keluarga dan meningkatkan taraf hidup seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Seramai 11 orang penduduk telah dibantu dengan peruntukan sebanyak RM110,000.
Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Encik Zainuddin Haji Md. Zaki telah menyerahkan bantuan berkenaan kepada salah seorang penerima Encik Mohd Razlan Deraman bertempat di Kampung Lubuk Panjang, Bukit Besi, Dungun.