30 Disember 2022
Seramai 16 orang peserta dari KETENGAH telah berlepas dari ibu pejabat KETENGAH untuk menyertai KEJORA MTB Jamboree 2022 anjuran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad. Program yang dianjurkan oleh Kelab Keluarga KETENGAH (Kelab 3K) ini bertujuan menggalakkan ahli bersukan dan disamping itu melihat, mempelajari dan menimba pengalaman dalam menganjurkan sesebuah acara sukan untuk pemambahbaikan dalam penganjuran acara sukan di KETENGAH.
Hadir sama Setiausaha Kerhormat Kebab 3K, Encik Wan Shahrul Nizam Wan Shafi’i.

Post Views: 966