Pengurusan KETENGAH sentiasa prihatin terhadap nasib yang dialami oleh pesara yang ditimpa musibah. Pada 2 dan 3 Jun 2019, pengurusan KETENGAH diketuai oleh Pengurus Besar KETENGAH YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa berbesar hati menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada pesara KETENGAH yang uzur.Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin selain bertanya khabar pesara KETENGAH. Hanya iringan doa dari kami warga KETENGAH agar semua pesara berada dalam lindungan Allah apatah lagi kita berada di Bulan Ramadhan yang mulia ini.

Post Views: 1,125