logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KONSERT FIESTA D’KENYIR TUTUP TIRAI FESTIVAL KENYIR GEOPARK 2025

Festival Kenyir Geopark 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang melalui Konsert Fiesta D’Kenyir, yang diadakan di Pentas Utama Pulau Poh, Tasik Kenyir. Festival selama tiga hari ini berlangsung bermula 30 Oktober hingga 1 November 2025, dan telah berjaya menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Konsert penutup ini menampilkan barisan artis popular tanah air yang terdiri daripada Sham Visa, Yabang Khalifah, Tomok, Ayai Ilusi, dan Ayie Lantana, yang masing-masing mempersembahkan lagu-lagu hits mereka, mencipta suasana penuh meriah di pesisir Tasik Kenyir. Persembahan bertenaga mereka disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada ribuan penonton yang membanjiri kawasan pentas utama.

Turut memeriahkan konsert ialah Azrul Raja Lawak dan Bell Ngasri yang menghiburkan penonton dengan telatah lucu dan interaksi spontan bersama pengunjung. Acara ini diacarakan dengan penuh semangat dan profesional oleh Sidi dan Farah dari Terengganu FM, yang berjaya mengekalkan suasana ceria dan bersemangat sepanjang malam.

YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH hadir sama memeriahkan konsert.