logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Konsert Mini Karnival Keluarga Malaysia KETENGAH 2022

Persembahan daripada penyanyi tersohor tanah air dengan keunikan suara dan bait lirik yang menawan telah berjaya menarik ribuan peminat di Mini Karnival Keluarga KETENGAH 2022. Artis yang dimaksudkan itu ialah Jay-Jay, Aju Success, Hatta Junction dan Afee Utopia.
Program diserikan lagi dengan lawak jenaka bersahaja daripada Abon, S.Azli dan Zul Gan menghiburkan hadirin yang datang.
Pengerusi KETENGAH, YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa turut hadir menyaksikan persembahan berkenaan.
Nur Ardiana Akila binti Roslan merupakan individu bertuah apabila nombor cabutannya 10653 telah berjaya mendapat sebuah motosikal skuter berjenama Yamaha Ego

Avantiz.