Sesi Kunjung Hormat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kepada Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Negeri Terengganu.
Rombongan KETENGAH telah diketuai oleh Pengurus Besar, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa bersama Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, Encik Hasri Bin Omar, Pengurus Perancangan Strategik, Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad, Pegawai Tadbir (Undang-undang), Puan Darwina bin Ismail dan Encik Mohd Husaini bin Rani, Penolong Pengurus Bahagian Perancangan Strategik.
Manakala pihak UPEN telah diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah UPEN, YBhg. Dato Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, bersama Encik Ahmad Ridzwan bin Abd Rahman, Timbalan Pengarah (Sektoral) dan Encik Muhammad Hisyamudin bin Abdul Manan, Penolong Pengarah (Pembangunan Wilayah).
Objektif sesi kunjung hormat ini adalah bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan bersama Kerajaan Negeri.