logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kunjung Hormat SPRM Terengganu ke KETENGAH

KETENGAH menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Tuan Ruslan Che Amad, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu dan rombongan. Kunjung hormat ini bertujuan menjalinkan hubungan kerja di samping membincangkan beberapa perkara berkaitan bidang operasi dan pencegahan rasuah yang boleh dilaksanakan secara kerjasama di antara SPRM Terengganu dengan KETENGAH. Rombongan telah disambut oleh YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan Taklimat Pembangunan KETENGAH telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut Pengurusan Tertinggi KETENGAH.