Kursus Continuing Tourism Related Education (CTRE) Pemandu Pelancong Seluruh Malaysia Edisi Bukit Besi dan Pulau Bidong telah dianjurkan bermula 21 hingga 23 Mei 2022. Kursus ini telah disertai seramai 125 orang pemandu pelancong berlesen daripada 18 persatuan seluruh Malaysia. Peserta – peserta telah diberi pendedahan mengenai keunikan produk pelancongan Wilayah KETENGAH iaitu Bukit Besi Bandar Sejarah.
Majlis Perasmian Kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) mewakili Pengurus Besar KETENGAH dan diserikan dengan jamuan hari raya kepada semua peserta yang terlibat.
Post Views: 1,764