logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Desamall@KPLB

Seramai 50 orang usahawan bimbingan KETENGAH telah mengikuti kursus Desamall@KPLB. Desamall@KPLB oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) adalah ekosistem jualan yang lengkap bagi usahawan luar bandar. Ia bermula dengan platform e-Dagang melalui kaedah rasmi atas talian, ke perkhidmatan On Demand, iaitu penghantaran terus kepada pembeli dan Live Streaming mengenai produk di platform terpilih bersama usahawan. Ekosistem ini dilengkapkan dengan perkhidmatan gudang dan logistik.
Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 dan 27 julai 2022 bertempat di Galeri Perkampungan Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu yang dikendalikan oleh Syarikat Elokal Sdn. Bhd. Majlis penutup program berkenaan telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Md Zaki Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.