logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

KURSUS KOMUNITI LESTARI (KOMUNITI KAMPUNG RANTAU PANJANG DAN KAMPUNG DURIAN KASSIM)

Telah berlangsung Kursus Komuniti Lestari yang melibatkan dua buah kampung iaitu komuniti Kampung Rantau Panjang, Dungun dan Kampung Durian Kassim, Hulu Terengganu. Kursus yang dilaksanakan ini merupakan salah satu medium untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal ahli koperasi mengenai manfaat dan kelebihan yang dapat digarap melalui platform koperasi.

Pelaksanaan kursus ini juga merupakan salah satu komponen di bawah Program Komuniti Lestari yang menumpukan aktiviti ekonomi yang dilaksanakan secara berkelompok di peringkat kampung oleh masyarakat dalam Wilayah KETENGAH.

Seramai 38 orang peserta yang merupakan bakal ahli koperasi telah terlibat dalam kursus selama dua (2) hari satu (1) malam di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Antara aktiviti ekonomi yang akan dilaksanakan oleh komuniti terlibat adalah sektor pertanian iaitu tanaman fertigasi, tanaman kontan dan pisang.

Mengambil kira kepentingan jalinan kerjasama antara agensi Kerajaan, KETENGAH telah menjemput Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu sebagai penceramah sepanjang sesi kursus berlangsung.

Program perasmian penutup tersebut telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Semoga dengan penganjuran kursus sebegini dapat memberi ilmu yang berguna untuk para peserta dalam mentadbir koperasi komuniti mereka seterusnya menjayakan projek ekonomi yang bakal dilaksanakan.