Berdasarkan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, kegagalan mematuhi syarat ini boleh dikenakan hukuman penjara maksima 2 tahun atau denda RM10,000 atau keduanya.
KETENGAH memandang serius mengenai perkara ini dan mengambil inisiatif untuk membantu usahawan melengkapkan diri mereka dengan memiliki Sijil Pengendalian Makanan. Sehubungan itu, KETENGAH telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan pada 10 April 2022 bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu yang melibatkan 30 orang usahawan khususnya terlibat dengan industri pemprosesan dan pembuatan makanan.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
Keesokan hari peserta melawat Muslim Foods Industry (M) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Melalui lawatan ini, peserta diberikan pendedahan pengembangan perniagaan dan kaedah dalam aktiviti pengendalian makanan. KETENGAH berharap dengan adanya lawatan sebegini dapat membuka minda, percambahan idea baru dan mencipta rangkaian perniagaan yang lebih luas.
Post Views: 1,307