logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pemasaran Digital kepada Usahawan Bimbingan KETENGAH

Seiring dengan peredaran zaman, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) juga tidak ketinggalan dalam usaha menyokong usahawan memasarkan produk menggunakan platform digital.

Justeru itu, Kursus Pemasaran Digital kepada Usahawan Bimbingan KETENGAH dan Pengurus-pengurus Pusat Komoniti Desa (PKD) terpilih telah diadakan pada 24 – 25 Jun 2023 bertempat di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu.

Melalui kursus tersebut, setiap usahawan diberikan tunjuk ajar berkaitan fotografi dan videografi. Selain itu, usahawan juga didedahkan dengan kaedah pemasaran dan promosi produk dengan menggunakan platform shopee dan juga tiktok.

Majlis penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh En Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dengan diiringi Oleh Pengurusan KETENGAH
Dengan Penganjuran kursus ini , besar harapan KETENGAH agar semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang ditimba dengan mempraktikkannya dalam urusan perniagaan yang diusahakan.