KETENGAH melalui bahagian Pembangunan Masyarakat dan Sosial telah mengadakan Kursus Pemerkasaan Koperasi Desa Lestari Wilayah KETENGAH pada 28 hingga 30 Mac 2022 bertempat di hotel E-Red Kuantan dengan kerjasama Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Zon Timur. Kursus ini bertujuan mendapatkan panduan dan maklumat jelas berkaitan peranan, fungsi dan memperkasakan lagi pengurusan pentadbiran koperasi yang terlibat di samping dapat menambahbaik perancangan masa hadapan.
Antara koperasi yang terlibat ialah Koperasi Komuniti Bukit Besi, Dungun, Koperasi Agrotani Pemuda Seri Bandi, Koperasi An-Nur Pulai Api Ajil, Koperasi Desa Perdana Kemasek Kemaman, Koperasi Rukun Tetangga Telaga Batin, Koperasi Pelancongan Jongok Batu dan Koperasi Komuniti Kg. Seberang Tayor Kemaman.
Kursus telah disempurnakan YBhg. En Zainuddin bin Hj. Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Hadir sama YBhg. Puan Siti Azwah binti Mohd Zubir, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Ekonomi Komuniti KPLB.