logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pengurusan Dan Kawalan Penyakit

Kursus Pengurusan Dan Kawalan Penyakit (Ternakan Ruminan) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu melibatkan seramai 30 orang usahawan ternak Wilayah KETENGAH telah diadakan pada 13 Mac 2023 bertempat di Pusat Latihan Veterinar, Cermin Kiri, Jerangau Dungun, Terengganu.
Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan peserta dalam kawalan penyakit dan menguruskan ternakan.
Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH.