logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod

1 – 2 Disember 2021- Kuala Terengganu.
Pengurusan rekod dan fail amat penting dalam sesebuah organisasi. Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan kefahaman kakitangan tentang garis panduan dan prosedur pengurusan fail seperti penerimaan dan pendaftaran surat, pembukaan fail, penyimpanan, pengedaran dan penutupan fail, satu Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kepada Kakitangan KETENGAH telah diadakan bertempat di FELDA Residence, Kuala Terengganu. Seramai 23 orang kakitangan telah mengikuti kursus ini melibatkan sesi pembelajaran secara ‘hands on’, dan perbincangan dua hala di antara penceramah dan peserta. Penceramah yang terlibat dalam kursus ini adalah Pn Bonnyta bt Bujang , dari Arkib Malaysia Negeri Terengganu. Majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Hadir sama Pengarah ARKIB Malaysia Negeri Terengganu, Drs. Haji Yusof bin Che Rose.