KETENGAH telah mengadakan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kerajaan Kepada Pegawai dan Kakitangan dengan kerjasama Jabatan Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu selaku penceramah selama 3 hari 2 malam.
Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Kerajaan ini melibatkan seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta kakitangan Kumpulan Sokongan lantikan baharu.
Objektif kursus ini adalah bagi mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan berkenaan sistem pengurusan fail dan rekod yang dipraktikkan mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Selain itu, kursus ini adalah untuk pegawai dan kakitangann yang terlibat mengaplikasi proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Radzi bin Mohd Noor, Pengurus Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia.