logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pengurusan Koperasi, Asas Perniagaan dan Pemasaran, Pengurusan Ternakan Ikan Air Tawar dan Pengurusan Kewangan

Telah berlangsung Kursus Pengurusan Koperasi, Asas Perniagaan dan Pemasaran, Pengurusan Ternakan Ikan Air Tawar dan Pengurusan Kewangan di bawah Program Pemerkasaan Komuniti Berdaya Saing (Komuniti Lestari) Wilayah KETENGAH Tahun 2023 di Bangunan Gerakan Persatuan Wanita (GPW), Felda Cherul, Kemaman selama 2 hari.

Kursus tersebut melibatkan seramai 18 org peserta dari Kampung Felda Cherul yang menjalankan operasi ternakan ikan air tawar. Perkongsian kursus telah diberikan oleh Encik Mohd Syahril bin Kamarudin (Coach Syahril), Ketua Pegawai Eksekutif Speedofis99 Academy Sdn Bhd. Pada masa yang sama kursus tersebut telah disempurnakan oleh Encik Mohd Faiq bin Mohd Abd Majid, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial KETENGAH.

Objektif pelaksanaan kursus bertujuan untuk membantu dan menggalakkan masyarakat dalam Wilayah KETENGAH khususnya penduduk kampung yang berpotensi dalam ternakan ikan air tawar dengan penubuhan koperasi kampung.

Didoakan semoga pelaksanaan kursus tersebut mampu memberi pendedahan dan percambahan ilmu dalam melebarkan manfaat kepada masyarakat.