logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pengurusan Koperasi dan Pengurusan Projek Ternakan Ikan Air Tawar Wilayah KETENGAH

Pada 9 hingga 10 Mei 2024, berlangsung Kursus Pengurusan Koperasi dan Pengurusan Projek Ternakan Ikan Air Tawar Wilayah KETENGAH di bawah Program Komuniti Lestari bagi anggota-anggota Koperasi Komuniti Kampung Durian Mentangau Dungun Berhad.

Ianya merupakan salah satu komponen bagi Program Komuniti Lestari di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dilaksanakan oleh pihak KETENGAH.

Seramai 20 orang anggota koperasi ini yang bakal terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek ternakan ikan air tawar telah menghadiri kursus ini yang telah bermula pada 9 Mei 2024 hingga 10 Mei 2024 dengan kerjasama daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMA) Cawangan Terengganu dan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Radzi bin Md Nor , Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan KETENGAH yang mewakili YM. Dato’ Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir Encik Faizol bin Abd Aziz, Pengurus Pembangunan Masyarakat dan Sosial, KETENGAH.

Semoga dengan penganjuran kursus sebegini dapat memberi ilmu yang berguna untuk para peserta dalam mentadbir koperasi komuniti mereka seterusnya menjayakan projek ekonomi yang bakal dilaksanakan.