logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Pra-Persaraan KETENGAH Perkasa Persediaan Warga Kerja

PULAU PINANG, 30 Januari 2026 – KETENGAH telah menganjurkan Kursus Pra-Persaraan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Januari 2026 bertempat di Gurney Bay Hotel, Pulau Pinang.

Kursus ini disertai seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja KETENGAH yang bakal bersara pada tahun 2026 &2027. Penganjurannya bertujuan memberi pendedahan serta persediaan awal kepada peserta merangkumi aspek mental, emosi, kewangan, kesihatan serta perancangan kehidupan selepas persaraan.

Majlis Perasmian Penutupan Kursus telah disempurnakan oleh Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Hasri bin Omar, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia KETENGAH.

Sepanjang penganjuran kursus, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian termasuk pengurusan kewangan persaraan, penjagaan kesihatan fizikal dan mental, persediaan psikologi, serta penerokaan peluang keusahawanan dan penglibatan komuniti sebagai persediaan ke arah kehidupan persaraan yang lebih sejahtera dan produktif.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan warga kerjanya, selaras dengan usaha melahirkan pesara yang berdaya saing, aktif serta mampu menyumbang kepada masyarakat walaupun selepas tamat tempoh perkhidmatan.