logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Kursus Strategi Pemasaran Offline & Online (SPO2)

Pada 14 – 16 Disember, telah berlangsung Kursus Lanjutan : Kursus Strategi Pemasaran Offline & Online (SPO2) untuk bisnes dengan Kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Program Do It Money (DIM) Wilayah KETENGAH Tahun 2023 bertempat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman, Terengganu selama 3 hari 2 malam.

Kursus tersebut melibatkan seramai 44 orang peserta merangkumi 3 daerah dalam Wilayah KETENGAH. Perkongsian kursus telah diberikan oleh Tenaga Pengajar INSKEN, Encik Ahmad Baahir Baharuddin (Coach Baahir) dan juga Tuan Ahmad Fairus Mohamed Noor (Coach TAF/Fairus). Pada masa yang sama kursus tersebut telah disempurnakan oleh YM. Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Objektif pelaksanaan kursus adalah bertujuan untuk membantu dan menggalakkan masyarakat dalam Wilayah KETENGAH khususnya belia dan beliawanis yang tidak mempunyai pekerjaan bagi menceburi bidang keusahawanan yang berkonsepkan dropship & agent.
Semoga pelaksanaan kursus tersebut mampu memberi pendedahan dan percambahan ilmu dalam melebarkan manfaat kepada masyarakat.