logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Latihan Pengguna Sistem K-Cakna KETENGAH

23 Jun 2024 (Ahad) – Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah mengadakan Latihan Pengguna kepada pengendali Sistem Cakna Masyarakat Wialayah KETENGAH (K-Cakna).

Objektif latihan ini dilaksanakan adalah bagi mendedahkan pegawai dan kakitangan yang baru bertukar kepada penggunaan sistem sebagai medium utama dalam proses permohonan serta agihan bantuan kepada Masyarakat setempat di Wialayah KETENGAH termasuk lain-lain bantuan secara dalam talian.

Seramai 13 orang pegawai dan kakitangan yang terdiri daripada Bahagian Pembangunan Masyarakat Dan Sosial, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan dan Bahagian Ekonomi Dan Usahawan telah mengikuti Latihan ini yang bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Kursus ini adalah penting untuk memastikan setiap bantuan yang akan disalurkan kepada penduduk yang layak dapat diagihkan secara telus dan tidak berlaku sebarang pertindihan di samping dapat mengaplikasikan sepenuhnya penggunaan teknogi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dalam jabatan