Lawatan bermaklumat ke Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Selangor

Bagi memperkasakan lagi pembangunan projek Food Security wilayah KETENGAH, satu lawatan bermaklumat KETENGAH ke Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Selangor telah diadakan pada 19 Jun 2023.

Rombongan KETENGAH telah mengadakan lawatan ke Projek Ternakan Lembu Jemir Ternak Farm, Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian Kuala Langat dan juga Projek Tanaman Pintar Cili Cili Batu Tiga yang telah diusahakan oleh usahawan-usahawan bimbingan dibawah PPK Kuala Langat.

Tujuan lawatan ini adalah bagi mendapat pendedahan dan pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan penggunaan teknologi IR 4.0 melalui Sistem Internet Of Thing (IOT) dalam bidang pertanian yang akan diadaptasi dalam Projek Agrotech Wilayah KETENGAH yang merupakan salah satu projek menjadi penyumbang kepada Program Keterjaminan Makanan Negara.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki dan 10 orang pegawai KETENGAH yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek ini.

Hasil lawatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan pendedahan dan pengetahuan dalam selok belok perancangan, pelaksanaan dan kejayaan dalam projek-projek ini terutama penggunaan IOT dalam pertanian.

Pihak KETENGAH merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak PPK Kuala Langat iaitu Encik Ahmad Firdaus bin Abdul Halim selaku Pengurus Besar serta barisan Ahli Jemaah Pengarah PPK Kuala Langat yang dipengerusikan oleh Haji Abdul Razak bin Khasbullah yang turut sama meraikan rombongan KETENGAH.

KETENGAH naik taraf Jalan Ibok-Seri Bandi
KEJOHANAN BEAUTIFUL TERENGGANU GOLF TEAM CHALLENGE 2023

Artikel Lain