logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Bermaklumat ke Projek Pertanian Kontan

13 Oktober 2022- Besut, Terengganu.
Golongan petani dalam wilayah KETENGAH perlu memperluaskan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam bidang pertanian bagi meningkatkan dan mempelbagaikan hasil tani. Sehubungan dengan itu sebagai pendedahan dan percambahan ilmu serta kemahiran, seramai 7 orang peserta projek pertanian berkelompok bersama pengurusan KETENGAH telah mengadakan Lawatan Bermaklumat ke Projek Pertanian Kontan, Tembila, Besut,Terengganu.
Rombongan tersebut telah diketuai oleh Timbalan pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki bersama-sama Pengurus Ekonomi dan usahawan Puan Fadlina binti Mohamed.
Rombongan telah diberi penerangan oleh Puan Nurfatin Liyana binti Ablah, Setiusaha Koperasi Pertanian Kontan Terengganu Berhad
KETENGAH berharap dengan lawatan sebegini, dapat membuka minda dan menambahkan lagi pengatahuan para peserta.