logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Bermaklumat LPNPP ke KETENGAH

Seramai 5 orang wakil daripada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras bagi Sistem Pengurusan Kewangan di KETENGAH.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Encik Muhamad Amir Mustaqim bin Haslan, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat LPNPP.

Objektif utama lawatan adalah bagi mendapatkan gambaran komponen-komponen utama sistem dan proses kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak KETENGAH berkaitan Sistem Aplikasi Perakaunan Standard Agensi Kerajaan (SAGA) KETENGAH yang telah berjaya mendapat Pengiktirafan Pematuhan SAGA baru-baru ini.

Diharapkan dengan perkongsian sistem pada hari ini dapat memberi sedikit sebanyak input dan idea yang boleh dikongsikan bersama antara LPNPP dan KETENGAH.

Hadir sama pada lawatan tersebut Tuan Haji Abdul Halim bin Yusof, Pengurus Kewangan dan Perakaunan KETENGAH dan Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi KETENGAH.

Rombongan kemudianya dibawa melawat Muzium Bukit Besi.