LAWATAN KERJA KE TASIK KENYIR BERSAMA KEMENTERIAN EKONOMI BAGI TAHUN 2024 KE MOTAC

Pada 19 Februari 2024, lawatan kerja ke Tasik Kenyir bersama Kementerian Ekonomi bagi tahun 2024 ke projek pembangunan di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah diadakan bertujuan untuk memantau secara langsung pelaksanaan dan hala tuju projek yang telah diluluskan agar dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Lawatan kerja ini adalah sebagai platform bagi pihak MOTAC dan Kementerian Ekonomi untuk mengenalpasti isu pelaksanaan serta sebagai maklumat tambahan kepada Kementerian ekonomi akan keperluan projek pelancongan pada masa hadapan.

Pihak MOTAC diketuai oleh Encik Mohd Affendi bin Abdullah (Ketua Penolong Setiausaha Kanan) bahagian Pembangunan Prasarana Kementerian Ekonomi diketuai oleh Puan Rozalinawati binti Che Roslee (Timbalan Pengarah Sektoral) bahagian Industri Perkhidmatan KETENGAH diketuai oleh Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad (Pengurus Kanan Korporat).

Setibanya di gua bewah, rombongan lawatan telah diberi penerangan berkenaan 2 projek bawah peruntukan MOTAC iaitu projek Eco Tourism dan membina dan menyiapkan 6 unit jeti di kawasan tarikan tasik kenyir. taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Fadhlina Mohamed, Pengurus bahagian Pelancongan dan Encik Mohd Hafiz bin Ahmad, Pengurus bahagian Zon Bebas.

Selesai lawatan ke gua bewah, rombongan dibawa meninjau lokasi jeti di air terjun saok dan lawatan tamat pada 2.30 petang.

Kunjungan Hormat TM One ke KETENGAH
Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Pertama Tahun 2024

Artikel Lain