YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hadir di sesi taklimat pembangunan KETENGAH bertempat di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat KETENGAH, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.
Taklimat telah disampaikan oleh Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Semoga hasil dari taklimat dan perbincangan pada hari ini melahirkan pelbagai idea dan pandangan yang baru dalam usaha membangunkan masyarakat desa dalam Wilayah KETENGAH.
Pada majlis yang sama, Sumbangan Bencana Gempa Bumi di Turkiye dan Syria berjumlah RM101,900 kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri turut diserahkan sambil disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sumbangan tersebut merupakan hasil sumbangan kakitangan KETENGAH dan daripada kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd.
Post Views: 1,424