logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Lawatan Singkat ke Bukit Besi Agro-Exotic Farm

Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa telah meluangkan masa mengadakan lawatan singkat ke Bukit Besi Agro-Exotic Farm. Tempat ini telah diusahakan oleh Encik Mohd Baharem bin Endut yang merupakan salah seorang usahawan KETENGAH.

Bukit Besi Agro-Exotic Farm terletak di Bandar Bukit Besi, Terengganu merupakan sebuah taman pertanian yang mempunyai pelbagai jenis haiwan eksotik di kawasan kampung. Tempat ini memaparkan suasana kampung desa dengan bunyi air yang menenangkan yang mengalir dari bukit-bukit. Ia juga merupakan sebuah tempat riadah menarik yang mempunyai Mini Zoo dan Taman Tema Air berkonsepkan β€œKampung dan Suasana Pinggir Hutan”.

Menurut Encik Baharem, pengunjung juga boleh berkhemah dan tempat ini telah dilengkapi dengan dewan yang baru siap dan pengunjung juga dapat menempah makanan di kafe yang disediakan disini.