LOKOMOTIF 19103 TARIKAN BARU MUZIUM BUKIT BESI

Pada era kegemilangan Bukit Besi, kawasan itu didiami warga British, AS, Kanada, Australia, Belanda, Jerman, Afrika Selatan, India dan China, yang bekerja sebagai pelombong. Bijih besi itu dieksport ke Jepun melalui Sura, Kuala Dungun. Di Bukit Besi terdapat sebuah landasan kereta api untuk mengangkut keluar bijih-bijih besi itu.

Sejarah perlombongan di Bukit Besi itu bukan sahaja memaparkan memori peninggalan penjajah dalam sosio-ekonomi penduduk tempatan, tetapi juga bukti wujudnya perkampungan antarabangsa di negara ini sejak 1929.

Sehubungan dengan itu, KETENGAH telah menjalinkan kerjasama yang baik bersama KTM Berhad bagi membawa pulang sebuah lokomotif Kelas 19103 dari Depoh KTMB Batu Gajah Perak ke Muzium Bukit Besi, Dungun, Terengganu sebagai simbolik kepada sistem pengangkutan aktiviti pelombongan yang merupakan nadi pertumbuhan ekonomi negara terutama di Negeri Terengganu pada abad ke 20.

Kerjasama dan segala perancangan rapi yang telah diatur oleh pihak KETENGAH yang diketuai Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad (Pengurus Kanan Korporat) bersama pihak KTM Berhad akhirnya berjaya selepas Lokomotif 19103 tersebut telah berjaya dipindahkan ke Muzium Bukit Besi pada 21 Disember 2023.

Mangsa Banjir Wilayah KETENGAH Diambil Cakna
Program Gotong Royong Pasca Banjir

Artikel Lain