logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Apresiasi KUD@Putrajaya 2023

Majlis Apresiasi KUD@Putrajaya 2023 telah berlangsung di Hotel Bangi Resort, Bangi, Selangor telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Turut hadir YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri KKDW serta pengurusan tertinggi KKDW dan Agensi.

KETENGAH telah menerima piala Anugerah Paling Gempak beserta sijil penghargaan yang diterima oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Laman KETENGAH di KUD@Putrajaya telah mendapat sambutan hebat dari pengunjung dimana mereka dapat merasai pengalaman menaiki replika houseboat yang tersergam indah disamping pengalaman secara maya Virtual Reality (VR) Santuari Kelah, Houseboat dan Taman Herba. Pondok Harmoni yang menyediakan minuman herba juga dibawa khas oleh KETENGAH kepada pengunjung yang bertandang di KUD@Putrajaya 2023.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga KETENGAH yang telah memberikan komitmen sepanjang pelaksanaan KUD@Putrajaya yang berlangsung pada 22 hingga 26 Disember 2023 lalu.