KETENGAH telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Malam Nisfu Syaaban bertempat di Surau Pusat Islam, Bandar Ketengah Jaya, Dungun.
Majlis dimulakan selepas Solat Maghrib berjemaah dengan Bacaan Yasin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh YBrs. Ustaz M. Sharafuddin bin M. Shahril, Imam Surau Pusat Islam, dan diteruskan dengan Solat Isyak berjemaah serta Bacaan Tahlil Arwah sebelum majlis diakhiri dengan jamuan makan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan YBrs. Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad, Pengurus Kanan (Korporat) bersama barisan pengurusan, pegawai serta kakitangan KETENGAH, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan KETENGAH dalam memperkukuh penghayatan nilai kerohanian dan kebersamaan komuniti.
KETENGAH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya komuniti penduduk Bandar Ketengah Jaya, atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis ini.


















