Majlis Mesra Kasih dan Penyerahan Kunci Rumah

Permulaan tahun 2017 merupakan permulaan yang amat bermakna kepada golongan yang kurang berkemampuan yang merupakan sebahagian daripada penduduk luar bandar dalam wilayah apabila menerima perkhabaran baru tentang kediaman yang lebih selesa untuk mereka. Sesungguhnya pihak kerajaan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melalui KETENGAH sentiasa prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat.

Sehubungan dengan itu pada 22 Januari 2017, seramai 10 orang penerima bantuan Program Bantuan Rumah (PBR) telah menerima kunci rumah masing-masing dalam satu majlis yang diadakan di Bandar Al-Muktafi Billah Shah. Program Bantuan Rumah (PBR) ini bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar di mana kumpulan sasar yang dimaksudkan ini adalah golongan yang berdaftar dengan e-kasih.

Majlis Mesra Kasih dan Penyerahan Kunci Rumah PBR ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH serta pengurusan kanan KETENGAH. YBhg. Dato’ Hj. Din dalam ucapan ringkasnya berkata, “untuk menjadi orang yang berjaya, kita perlulah mengubah diri kita yang dibantu hari ini oleh kerajaan untuk berusaha sendiri. dan perlu ada keyakinan untuk hidup dalam keadaan berdikari”.

Passion To Lead Rural Transformasi
#kamicakna

Artikel Lain