logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH Tahun 2022

16 Ogos 2022-Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat KETENGAH Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH sebentar tadi. Beliau berkata “melalui Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang ini, marilah kita sama-sama mengibarkan jalur gemilang di premis dan rumah masing-masing. Selain mengibar Jalur Gemilang, kaedah lain untuk membuktikan cinta kita terhadap negara termasuklah dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri, mengamalkan toleransi dan mendukung segala inisiatif kerajaan.
Sematkan di hati semangat patriotisme untuk mempertingkatkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan Keluarga Malaysia demi negara tercinta”.