Pada 23/05/2024, telah berlangsung ๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ซ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ค๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐๐ฌ๐ข bagi ๐๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ซ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ฎ yang bertempat di Pulau Sah Kecil, Tasik Kenyir.
Majlis tersebut dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Mubin bin Mohd Zain,Pengarah Negeri Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pejabat Negeri Terengganu serta Encik Shamsuri Abdul Rahman, CEO Prodata System Sdn.Bhd. Turut hadir sama, Encik Hazroll Eizwal bin Jasni, Pengurus Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) ini dirangka untuk memberi liputan yang lebih meluas dan pengalaman kualiti jalur lebar yang lebih baik untuk rakyat sebagai langkah siap siaga negara untuk beralih kepada teknologi 5G. Inisiatif yang didorongi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini adalah bertujuan merapatkan jurang digital yang wujud di antara kawasan pedalaman dan bandar yang melibatkan seluruh negara termasuk Negeri Terengganu.
Oleh yang demikian, FGV Prodata selaku pihak pertama telah menyiapkan sebanyak 20 buah skruktur menara telekomunikasi di mana 19 tapak di Hulu Terengganu dan 1 tapak di Daerah Setiu. Tapak- tapak tersebut telah pun diserahkan kepada pihak kedua iaitu Digi Celcom Sdn.Bhd sebagai penyedia rangkaian telekomunikasi.
Dengan berakhirnya projek menara ni, maka capaian jaringan telekomunikasi tidak lagi terhalang sekiranya berkunjung di tasik kenyir.