logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Penyampaian Amanat Pengerusi KETENGAH

9 Januari 2022-Al Muktafi Billah Shah, Dungun

Majlis Penyampaian Amanat Pengerusi KETENGAH Sempena Tahun Baharu 2022 telah berlangsung sebentar tadi bertempat di BALORA Bandar Al Muktafi Billah Shah. YB Senator Datuk Razali bin Idris berkata “kita mempunyai peranan masing-masing untuk memastikan perkhidmatan kita adalah berintegriti dan prihatin. Budaya integriti dan prihatin yang tinggi dalam diri akan membantu kita untuk merasa lebih bertanggungjawab dan sense of purpose dalam melaksanakan tugas. YB Senator Datuk juga menekankan aspek kepantasan dan professional dalam menjalankan tugas seharian. Hadir sama pada majlis tersebut YB Dato’ Haji Rozi bin Mamat, Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH, YBrs. Encik Aziman Hadi bin Nazri, Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH, Pengurusan KETENGAH, Ketengah Holding Sdn. Bhd., JKR KETENGAH dan warga KETENGAH.