logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Ribut Wilayah Ketengah

Ketengah telah menyampaikan sumbangan kepada 5 mangsa yang dilanda ribut pada 29 Jun 2020 yang lalu di Kampung Padang Pulut, Kg Bukit Merah dan Kampung Delong daerah Dungun. Penyampaian berupa wang tunai bagi meringankan beban mangsa membaiki kerosakan rumah terutama pada struktur bumbung telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi Ketengah. Turut hadir, YB Tuan Haji Alias Harun, ADUN Rantau Abang dan Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Ketengah.