Satu Majlis Penyerahan Bantuan Peralatan Jahitan kepada salah sorang usahawan yang terjejas banjir telah diadakan bertempat di Kampung Kuala Jengal, Dungun. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH dan diiringi Puan Fadhlina binti Mohamed, Pengurus Ekonomi dan Usahawan.
Dalam majlis yang berlainan, Pengurus Besar telah menyerahkan bantuan meja dan kerusi kepada usahawan KETENGAH di bawah Program Pembangunan Usahawan yang menjalankan perniagaan makanan di Ruang Foyer Pusat Komuniti Desa.
Post Views: 811