logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Penyerahan Sijil MeSTI Premis KVG Juta Sdn Bhd

30 Januari 2022, Dungun Terengganu- Majlis Penyerahan Sijil MeSTI Premis KVG Juta Sdn Bhd telah diadakan pada 30 Januari 2022 bertempat di Premis KVG Juta Sdn Bhd, Felda Kerteh 3, Paka Dungun, Terengganu.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Che Ghani bin Sidek, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu disaksikan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.
Pengiktirafan MeSTI ini merupakan satu penanda aras baharu kepada KVG Juta Sdn Bhd dan membuka peluang untuk melangkah lebih luas dalam pasaran produk keria dengan kekuatan semasa 45 orang pekerja dan 35 kiosk yang aktif.
KETENGAH telah membelanjakan sebanyak RM83,900.00 di bawah Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) Tahun 2019 berbentuk bantuan peralatan dan RM99,952.00 bagi menaiktaraf premis tersebut di bawah Program Pemerkasaan Produk dan Pensijilan.
KETENGAH juga menetapkan sasaran kepada KVG Juta Sdn Bhd kearah pengiktirafan Pensijilan Halal dan Amalan Pengilangan Baik (GMP).