logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Perasmian Mastering English For Employment

Pada 11 Mac 2019 bertempat di Auditorium Kolej Ketengah, Bandar Al Muktafi Billah Shah telah diadakan Majlis Perasmian Mastering English For Employment yang telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

Program kerjasama di antara Kolej Ketengah dan UniSZA ini telah bermula pada 24 Februari 2019 dan akan dilaksanakan selama tiga (3) bulan. 

Seramai 40 orang Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KETENGAH akan dilatih oleh Pensyarah daripada Kolej Ketengah dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam usaha meningkatkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan mereka.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah Encik Mohd Radzi bin Md. Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd, Encik Mohd Azmi Bib Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia dan Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.

Peserta Bergambar Kenangan Bersama Pengurus Besar KETENGAH