Pada 20 Februari 2024, berlangsungnya Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH Kali Pertama Tahun 2024 bertempat di Dewan Utama, Blok D, Ibu Pejabat KETENGAH.
Dalam majlis tersebut, Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa berkata “ Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga kerja KETENGAH atas komitmen dan dedikasi sepanjang tahun 2023. Saya percaya setiap daripada kita telah berusaha sehabis baik dalam mengharungi cabaran 2023. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan ini adalah untuk kesejahteraan masyarakat luar bandar “.
Beliau menambah “ sebagai penjawat awam yang menjadi nadi dan tunjang kepada negara serta memenuhi lafaz ikrar yang dilakukan, haruslah meneruskan komitmen dan kebertanggunjawaban untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kumpulan sasar yakni masyarakat luar bandar.
Pengurus Besar juga berpesan agar semua warga KETENGAH mestilah mempunyai semangat berpasukan, berganding bahu dan komited dalam melaksanakan tugasan kerana ia merupakan elemen penting untuk memastikan usaha Kerajaan dapat dicapai.
YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa telah menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan bagi sesi Julai hingga September 2023 dan sesi Oktober hingga Disember 2023. Selain itu, turut disampaikan hadiah Pertandingan Mencipta Logo Minyak Masak KETENGAH dan juga sumbangan kepada pegawai dan kakitangan yang terkesan dengan bencana banjir gelombang keempat.
Penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan Sesi Julai 2023 hingga September 2023 ialah :
Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Encik Fadhli Azizi bin Yusof
Kumpulan Pelaksana I
Encik Ahmad Azman bin Abu Bakar
Kumpulan Pelaksana II
Encik Suhaizam bin Mohamed Amin
Kumpulan Pelaksana III
Encik Mohd Khairul bin Semsudin
Penerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan Sesi Oktober 2023 hingga Disember 2023 ialah :
Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
Puan Noraina binti Che Daud
Kumpulan Pelaksana I
Encik Muhammad Izzul Hafiz bin Mamat @ Yahya
Kumpulan Pelaksana II
Encik Nik Muhamad Norzulkifaruddin bin Nik Lee
Kumpulan Pelaksana III
Encik Muhammad Firdaus bin Ismail
Manakala pemenang bagi hadiah Pertandingan Logo Minyak Masak KETENGAH ialah :
Tempat Pertama
1. Encik Adnan bin Awang Sulong
Saguhati
1. Puan Sharadiana binti Ariffin
2. Puan Suparidah binti Harun
3. Puan Sharmiza binti Mohd
4. Puan Normi Addawiyah binti A.Aziz
Penerima Sumbangan Mangsa Banjir Gelombang Keempat:
1. Encik Ramlan bin Ibrahim, Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia (Kampung Pasir Raja)
2. Cik Noormizati binti Adenan, Bahagian Pelancongan (Kampung Syukor)
3. Cik Norzaini binti A. Rahman, Bahagian Pemantauan dan Kawal Selia Anak Syarikat (Kampung Jongok Batu)
4. Encik Muhamad Saiful Nizam bin Sapawi, Bahagian Hartanah dan Kuasa Tempatan (Kampung Dendang)
5. Cik Baizura binti Mohamad, Ketengah Holding Sdn. Bhd.(Kampung Pasir Raja)
6. Puan Noraini binti Anuar, Ketengah Holding Sdn. Bhd. (Kampung Pasir Raja)
Tahniah kepada semua penerima anugerah dan pemenang.