logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Ramah Mesra Pekerja Ladang Bersama Pengerusi KETENGAH.

Pengerusi KETENGAH YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad Said telah melancarkan 2 buah jentera ladang bertempat di ladang sawit KETENGAH Perwira Sdn. Bhd. Pelancaran tersebut sempena Majlis Ramah Mesra Pekerja Ladang Bersama Pengerusi KETENGAH.

Pada majlis yang sama disampaikan sumbangan insurans kemalangan dan kecemerlangan pendidikan serta cabutan bertuah. Pengerusi kETENGAH turut menyatakan penghargaan atas usaha keras dan komitmen pekerja dalam menyumbang keuntungan kepada syarikat.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd. YBhg. Tuan Haji Ramli Shahul Hameed.