Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pesara KETENGAH

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pesara KETENGAH telah berlangsung dengan meriah bertempat di Kelab Golf Bukit Besi. Majlis sebegini telah mengeratkan lagi ikatan silaturrahim di antara mereka setelah meninggalkan perkhidmatan di KETENGAH.

Pengerusi Persatuan Pesara KETENGAH, YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail yang juga Mantan Pengurus Besar KETENGAH berkata “Semoga ikatan sesama kita akan terus kekal utuh meskipun telah lama meninggalkan perkhidmatan di KETENGAH”.

Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 200 orang pesara dan jemputan. Hadir sama pada majlis tersebut, Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Zainuddin bin Haji Md. Zaki.

Hari Bertemu Pelanggan Peringkat KKDW Negeri Terengganu
Sesi Taklimat Usahawan Makanan Sediaan di Rumah (Home-Based Food)

Artikel Lain