logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Perkampungan Usahawan

Bersempena dengan Pengoperasian Galeri Perkampungan Usahawan, satu majlis Solat Hajat dan Doa Selamat telah diadakan pada 25 Julai 2022 (Isnin) bertempat di Galeri Perkampungan Usahawan, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu.
Galeri Perkampungan Usahawan yang dilengkapi dengan kemudahan Internet, dewan dan bilik mesyuarat akan dijadikan sebagai pusat pengumpulan produk-produk usahawan bimbingan KETENGAH serta salah satu tempat bagi mengadakan sebarang aktiviti usahawan seperti kursus, taklimat, produk pitching dan sebagainya.
Majlis solat hajat ni dipimpin oleh Ustaz Tuan Abdullah bin Raja Ismail dan dihadiiri oleh pengurusan KETENGAH serta kakitangan. Semoga dengan adanya majlis ini, menjadi titik permulaan dalam memajukan aktiviti usahawan dan menjadi pemangkin dalam membangunkan usahawan dalam Wilayah KETENGAH.