logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

Mangsa Banjir Wilayah KETENGAH Diambil Cakna

KETENGAH turut merasai kesusahan dan denyut nadi masyarakat yang ditimpa musibah banjir. Sebanyak 216 Kit Bantuan Bencana telah diagihkan di beberapa lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu yang menempatkan mangsa banjir dalam Wilayah KETENGAH.

Setakat jam 6.30 petang (25 Disember 2023) seramai 1576 orang telah ditempatkan di 23 PPS membabitkan 431 keluarga.

Bilik Gerakan banjir Wilayah KETENGAH kini beroperasi selama 24 jam dan boleh dihubungi di talian 09-8221100.

KETENGAH berharap dengan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka dan ikatan silaturrahim yang terjalin selama ini dapat dieratkan.