Operasi Nyah Cemar Covid-19

10 April 2020

Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu.

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bersama beberapa agensi lain mengadakan operasi nyah cemar Covid-19 di sekitar bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), hari ini, dalam usaha menangani penularan wabak itu.

Program  ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Petugas yang terlibat berkumpul di Balai Bomba dan Penyelamat AMBS dan diberikan taklimat keselamatan oleh Tuan Zulhusni Abdul Rahman, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS.

Proses nyah cemar hari ini melibatkan kawasan pasar, taman permainan, bangunan milikan KETENGAH, masjid dan surau. 

Turut hadir ketika operasi berkenaan ialah Encik Azmi bin Muda, Pengurus Hartanah dan Kuasa Tempatan, KETENGAH.

Borang Permohonan Insentif kepada Usahawan yang terkesan akibat penularan Virus Covid-19
placeholder
Soalan Lazim Permohonan Insentif / Moratorium Bayaran Sewa / Sewa Beli Premis Perniagaan dan Rumah Kediaman KETENGAH akibat penularan Wabak COVID-19

Artikel Lain