| 1 | Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT Ketengah; |
| 2 | Menguatkuasakan Dasar Keselamatan ICT Ketengah; |
| 3 | Memberi penerangan dan pendedahan berkenaan Dasar Keselamatan ICT Ketengah kepada semua pengguna; |
| 4 | Mewujudkan garis panduan, prosedur dan tatacara selaras dengan keperluan Dasar Keselamatan ICT Ketengah; |
| 5 | Menjalankan pengurusan risiko; |
| 6 | Menjalankan audit, mengkaji semula, merumus tindak balas pengurusan agensi berdasarkan hasil penemuan dan menyediakan laporan mengenainya; |
| 7 | Memberi amaran terhadap kemungkinan berlakunya ancaman berbahaya seperti virus dan memberi khidmat nasihat serta menyediakan langkah – langkah perlindungan yang bersesuaian; |
| 8 | Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan ICT (GCERT) MAMPU dan memaklumkannya kepada CIO dan CERT KPLB; |
| 9 | Bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan dalam mengenal pasti punca ancaman atau insiden keselamatan ICT dan memperakukan langkah-langkah baik pulih dengan segera; |
| 10 | Memperakui proses pengambilan tindakan tatatertib ke atas pengguna yang melanggar Dasar Keselamatan ICT Ketengah; dan |
| 11 | Menyedia dan melaksanakan program kesedaran mengenai keselamatan ICT. |