logo-jata-ketengah

PORTAL RASMI

LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH

Karung Berkunci No 3, 23400,
Al Muktafi Billah Shah, Terengganu

Tel : 098231000 | Emel : ketengah@ketengah.gov.my

PELITA RAYA TERENGGANU 2025 MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Pelita Raya Terengganu 2025 telah bermula dengan sambutan yang amat menggalakkan. Acara ini telah menarik kehadiran ribuan pengunjung dari pelbagai tempat.

Laman Desa@KETENGAH yang bertemakan “Perantau Pulang Ke Desa” telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung Pelita Raya Terengganu 2025. Walaupun ini merupakan penyertaan pertama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam acara tersebut, kebanyakan pengunjung telah menunjukkan reaksi positif dan bersemangat dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di Laman Desa@KETENGAH.

Antara aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung ialah pameran pelita dan lampu Virtual Reality (VR), permainan tradisional, minuman herba, demonstrasi anyaman mengkuang, anyaman ketupat dan persembahan hologram.

Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah membuat lawatan rasmi ke Laman Desa@KETENGAH.