Penganjuran Pelita Raya Terengganu (PELITER@KSNT 2025) telah berakhir setelah berlangsung selama empat hari di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Yang Berbahagia Dato’ Seri (Dr.) Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH dan Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH turut sama melawat Laman Desa@KETENGAH yang menjadi salah satu tarikan program tersebut.
KETENGAH mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas yang bertungkus-lumus menjayakan penyertaan Laman Desa@KETENGAH dalam program PELITER@KSNT 2025. Komitmen dan dedikasi tersebut telah memastikan kejayaan penyertaan KETENGAH dalam program ini.
PELITER@KSNT 2025 merupakan platform penting bagi mempromosikan budaya dan warisan negeri Terengganu, serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi tempatan.






















